Tentang Kami

A.Raman Kayu Kraf No Pendaftaran KT 0056113-T merupakan syarikat bumiputra 100% dan milikan tunggal mula beroperasi pada tahun 1988. Bermodalkan RM5000, pemilik memulakan perniagaan dengan membeli peralatan kerja asas dan menggaji 2 orang pekerja. Waktu itu beliau tidak mempunyai bengkel dan hanya membuat kerja-kerja ukiran di baloh padi bersebelahan rumahnya. 

Beliau berkelulusan Sijil SPVM pada tahun 1978 dan pada tahun 1979 beliau mendapat peluang meningkatkan ilmu kemahirannya dengan mengikuti latihan ukiran kayu anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Temerloh, Pahang selama dua tahun.

Kemudian beliau bekerja dengan salah seorang pengukir terkenal di Kelantan selama 3 bulan. Walaubagaimanapun, beliau kemudian tekad berhenti dan membuka bengkel mengukir sendiri pada tahun 1998.

Antara projek awal yang diperoleh beliau adalah membaikpulih wakaf Makam DiRaja di Jalan Kubur Maras, Kota Bharu, Kelantan dengan nilaian RM10,000.00. Kini permintaan bukan sahaja datang dari orang perseorangan termasuk orang kenamaan, malah beberapa Institusi Pengajian Tinggi menempah kerusi Canselor bagi istiadat konvokesyen dan juga mimbar masjid di dalam dan luar Kelantan.

A.Raman Kayu Kraf juga pernah terpilih antara 410 rekaan oleh 66 Usahawan Kraf yang dipilih olwh wakil Harrods Limited di pameran sebulan Malaysian Craft At Its Best di gedung mereka di Knightsbridge di tengah Kota London pada Feb 2009.

Di samping itu beliau juga pernah mengambil bahagian pameran di Melaka International Trade Centre Sdn Bhd di bawah program "Satu Daerah Satu Industri Showcase 2006" pada 6 - 8 April 2006.

Sehingga kini, pihak Perbadanan Kraftangan masih memberi sokongan dan tunjuk ajar dari segi teknik ukiran dan corak-corak baru serta pasaran baru untuk diterokai.

Antara kerja-kerja yang pernah dibuat adalah sebagaimana berikut : 
  1. Membina dan memasang Pagar Memorial Tun Abd Razak Kuala Lumpur
  2. Membina Mimbar Masjid Pulau Pinang
  3. Membaikpulih Masjid Sg Besar Kuala Selangor
  4. Membina Pintu Gerbang Kg Melayu Kuala Lumpur
  5. Membaikpulih Balai Seni Alor Star

Copyright © 2012 A Raman Kayu Kraf